Program Khas Merdeka & Hari Malaysia @ NADI
Terima kasih kepada semua yang hadir dan meluangkan masa di NADI Felda Jengka 9 bagi memeriahkan sambutan Hari Merdeka & Hari Malaysia @ NADI.
Tarikh: 7 September 2025 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi – 4.00 petang
Lokasi: NADI Felda Jengka 9
Antara Aktiviti yang Dijalankan:
Aktiviti 1 – Pertandingan Mewarna kategori Kanak-Kanak ( bawah 9 tahun) & dewasa
Aktiviti 2 – Pertandingan Hiasan Merdeka(Makanan)
Aktiviti 3 – Saringan Kesihatan Percuma
Aktiviti 4 – Pendaftaran Ahli NADI Percuma
Aktiviti 5 – Pendaftaran MyDigital ID
Aktiviti 6 – Tayangan Ulangan Sambutan Hari Kemerdekaan
Aktiviti 7 – Sesi Live Bersama YB Menteri Komunikasi
Aktiviti 8 – Tayangan Wayang Pacak
Aktiviti 9 – Jualan Produk Usahawan
Bunga melati mekar berseri,
Harum baunya sepanjang jalan,
Segala kekurangan dari pihak kami,
Yang indah semuanya dari Tuhan.
Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program ini.























