| 1. Apakah peranan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ? |
||||||
|
J: Peranan NADI adalah sebagai Pusat Sehenti untuk;
|
||||||
| 2. S: Berapakah jumlah NADI yang ada di seluruh negara ketika ini ? |
||||||
|
J: Sebanyak 873 NADI sedia ada akan dinaik taraf dan dipergiatkan sebagai Pusat Sehenti untuk aktiviti ekonomi digital luar bandar. Setiap NADI dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar, kemudahan infrastruktur digital serta kakitangan terlatih untuk memberi perkhidmatan dan sokongan yang diperlukan oleh komuniti setempat. NADI juga mempunyai akses kepada pelbagai aktiviti pasaran, latihan dan pemerkasaan dari pihak agensi kerajaan lain dan swasta.
|
||||||
| 3. S: Apakah antara penambahbaikan yang dapat dilihat kepada NADI ? | ||||||
|
J: Menerusi transformasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ini terdapat lima (5) inisiatif trasnformasi yang akan dilaksanakan bagi merealisasikan aspirasi pendigitalan ekonomi negara iaitu :
|
||||||
| 4. S: Apakah bentuk latihan atau kursus yang ditawarkan di NADI ? |
||||||
|
J: Setiap NADI menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti :
|
||||||
| 5. S: Bagaimana kita dapat memastikan objektif pembangunan NADI dapat dicapai dengan efektif ? |
||||||
|
J: Bagi memperkukuh dan memperkemaskan lagi peranan NADI sebagai Pusat Pendigitalan dan tumpuan komuniti setempat, sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Panel Penasihat NADI diwujudkan di semua NADI di seluruh negara. Objektif utama Panel Penasihat NADI adalah untuk menggalak dan memberi peluang kepada pelbagai pihak berkepentingan (stakeholder) dalam kalangan komuniti setempat untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan NADI serta menarik masyarakat setempat untuk mengguna pakai sepenuhnya perkhidmatan dan aktiviti di NADI tersebut.
|
||||||
| 6. S: Apakah peranan Rakan Digital (RD) NADI ? |
||||||
|
J: Seramai 600 Rakan Digital (RD) NADI akan dilantik dan ditugaskan untuk menjalankan program-program yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Ini adalah tambahan tenaga kerja ke NADI tersebut yang pada hakikinya mempunyai Pengurus dan Penolong Pengurus.
|
||||||
| 7. S: Apakah peranan Ikon Usahawan NADI ? |
||||||
|
J: Usaha memperkasakan usahawan setempat ia akan disokong oleh Ikon Usahawan NADI iaitu usahawan kecil dari masyarakat setempat yang telah berjaya agar dapat memberi motivasi dan menyemarakkan semangat kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan.
|
||||||
| 8. S: Apakah usaha yang akan diambil oleh NADI untuk memperkasakan usahawan luar bandar dan miskin bandar ? |
||||||
|
J: NADI akan menganjurkan Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil yang diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama beberapa agensi Kerajaan dan swasta.
|
||||||
| 9. S: Apakah usaha ini dipantau ? |
||||||
|
J: Kesemua aktivti akan dipantau impaknya. Impak adalah dari segi peningkatan pendapatan oleh usahawan mikro yang telah menjalani bimbingan dan Latihan di NADI.
|
||||||
| Soalan-soalan lazim ini dikemas kini pada 22 November 2021 dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Sila rujuk kepada penyelia perkhidmatan masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini. | ||||||
| Disediakan Oleh : | ||||||
| Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) | ||||||
Soalan Lazim
4 November 2016