mcmc
Galeri Video

TRANSFORMASI DIGITAL BUKAN LAGI MILIK BANDAR SEMATA-MATA.

Transformasi digital bukan lagi milik bandar semata-mata. Melalui inisiatif NADI, jurang antara komuniti luar bandar dan bandar kini semakin dirapatkan. Dengan akses kepada Internet, latihan kemahiran digital serta sokongan keusahawanan, NADI telah membuka peluang baharu kepada rakyat untuk terus maju dalam ekonomi digital.

Daripada pelajar yang kini mampu mengakses pembelajaran dalam talian, sehinggalah usahawan kecil yang berjaya mengembangkan perniagaan ke platform digital, NADI menjadi pemangkin perubahan yang nyata di peringkat akar umbi. Setiap kisah kejayaan ini membuktikan bahawa dengan akses dan bimbingan yang betul, potensi komuniti luar bandar mampu diketengahkan.

MCMC komited untuk terus memperkasa rakyat melalui peluasan inisiatif seperti NADI, memastikan tiada yang tercicir dalam arus pendigitalan negara demi membina Malaysia yang lebih inklusif, berdaya saing dan bersedia untuk masa hadapan.