Gugusan Jengka merupakan gugusan FELDA terbesar di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Gugusan Jengka juga dikenali sebagai Segitiga Jengka kerana kedudukannya meliputi tiga daerah iaitu Temerloh, Jerantut dan Maran. Dengan adanya tanah rancangan FELDA ini, maka muncul sebuah bandar baru yang dikuasai oleh masyarakat Melayu seratus peratus iaitu Bandar Pusat Jengka. Bandar Jengka adalah satu inspirasi bekas perdana menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak untuk mengujudkan satu bandar 100 peratus orang melayu.Tapi kini Bandar Jengka tidak lagi dimonopoli oleh orang melayu sahaja,kerana di kawasan Jengka 15 terdapat satu deret kedai telah ditembusi oleh peniaga bukan melayu. Gugusan Jengka terdiri daripada 25 buah rancangan FELDA yang menjadi pengeluar kelapa sawit dan getah. Terdapat 25 kawasan penempatan di Jengka yang dinamakan dengan nombor 1 hingga 25. Di samping nombor yang diberikan berdasarkan kawasan yang lebih awal dibuka, Jengka-jengka tersebut juga diberikan nama mengikut nama bunga.
Pemilihan nama bunga juga adalah mengikut abjad bagi mengenalpasti kawasan yang lebih awal dibuka. Oleh itu satu-satu Jengka itu dinamakan sebagai :
- Jengka 1 (Anggerik)
- Jengka 2 (Cempaka)
- Jengka 3 (Dahlia)
- Jengka 4 (Kemboja)
- Jengka 5 (Kekwa)
- Jengka 6 (Keembong)
- Jengka 7 (Kenanga)
- Jengka 8 (Kesidang)
- Jengka 9 (Kesumba)
- Jengka 10 (Mawar)
- Jengka 11 (Melati)
- Jengka 12 (Melor)
- Jengka 13 (Putri Malu)
- Jengka 14 (Bunga Raya)
- Jengka 15 (Semarak)
- Jengka 16 (Sena)
- Jengka 17(Seri Pagi)
- Jengka 18 (Seroja)
- Jengka 19 (Siantan)
- Jengka 20 (Tanjung)
- Jengka 21 (Teratai)
- Jengka 22 (Terkis)
- Jengka 23 (Tonkin)
- Jengka 24 (Taik Ayam)
- Jengka 25 (Bougainvillea).
Jengka yang pertama dibuka ialah Jengka 1 manakala Jengka yang terakhir dibuka ialah Jengka 25. Di dalam kawasan jengka juga terdapat Tanah Rancangan Felda yang tidak menggunakan nama Jengka, kerana ia di tubuhkan lebih dahulu dari Jengka itu sendiri. Antaranya Felda Kampong Awah (1963), Felda Ulu Jempol (1965) dan Felda Sungai Nerek (1967). Secara umumnya nama Jengka diambil daripada sebatang sungai yang mengalir di dalam kawasan Jengka iaitu Sungai Jengka.
Sumber diperoleh dari http://ilovepahang.blogspot.com/2011/05/hikayat-nama-jengka.html