mcmc
Maklumat Setempat

Program Klik Dengan Bijak – Aktiviti Mewarna bagi Pelajar Tadika KEMAS Felda Jengka 9

Pada 24 Jun 2015, Petugas PI Felda Jengka 9 telah membuat Aktiviti Mewarna Program Klik Dengan Bijak(KDB) bagi pelajar Tadika KEMAS, bertempat di Sekolah Tadika KEMAS Felda Jengka 9. Seramai 31 orang pelajar Tadika yang terlibat. Aktiviti mewarna ini dibuat untuk pelajar-pelajar tadika mengenali komponen komputer dan memantapkan lagi kemahiran mewarna. Dari hasil aktiviti tersebut petugas pi memberi keterangan tentang apa itu komputer.