mcmc
Keusahawanan

Keusahawanan

USAHAWAN KECIL – BAKERY

 

 

Mohd Zuhuri Bin Hashim atau dikenali sebagai Joe merupakan anak peneroka jengka 9 yang pertama menjalankan perniagaan bakery dan mula mendapat tempahan kek diseluruh kawasan Pahang. Beliau adalah anak peneroka felda jengka 9 dan merupakan pelajar lepasan kolej swasta di Melaka dalam jurusan Operator Kanan dan Pemprosesan Makanan. Selepas tamat belajar, beliau mula membuat kek dirumah secara kecil-kecilan kerana minat di masa lapang dan mewar-warkan minat beliau kepada keluarga dan kawan-kawan. Sebagai permulaan, beliau menjalankan perniagaan hanya di rumah. Atas permintaan kawan-kawan sekeliling, beliau mula membuka tempahan kek untuk majlis-majlis disekitar felda jengka 9. Dari perniagaan tersebut, beliau membuat pusingan modal untuk membeli mesin dan peralatan-peralatan yang lain. Beliau juga mula membuka akaun facebook untuk mempromosikan perniagaan kek beliau dan dari platform itu beliau mendapat banyak tempahan dan maklumbalas yang memuaskan.

Perniagaan beliau sudah bertahan selama 3 tahun dan mula membuka tempahan disekitar Kuantan. Untuk perancangan akan datang, beliau ingin membuka cawangan baru dan membuat bengkel bakery untuk melatih penduduk disekitar Jengka yang berminat dalam bidang ini.