Kali ini Dato’ DS Shahaniza Shamsuddin berkunjung ke sebuah lokasi minum petang yang menyajikan Mee Bandung bersama artis undangan, Penggiat Lagu Loghat Pahang, Chik Asan.
Pengusaha Mariman Garden Cafe ini juga tidak asing lagi dengan menghasilkan produk bakeri di Bandar Maran ini. Lokasi kali ini sangat menarik kerana terletak di kawasan tumpuan penduduk Maran untuk beriadah. Dengan pemandangan yang sangat menarik, restoran ini sangat sesuai untuk pelanggan menikmati juadah dan beriadah meluangkan masa bersama keluarga di waktu petang.