mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN – PN.LIYANA LAILY (Lyana Shop Enterprise)

           Lyana Shop Enterprise menjalankan perniagaan utama berupa jualan baju kanak-kanak(bawah 5 tahun) dengan harga sangat berpatutan(RM5-RM25). Perniagaan harian dijalankan dikawasan kedai mara Felda Jengka 9. Pada waktu-waktu tertentu, beliau juga berniaga di pasar malam mahupun pasar tani di sekitar Jengka.

           Selain daripada itu, beliau jual menjual homemade kimchi dengan harga RM10 dan RM18 bergantung pada saiz botol. Homemade kimchi dijual secara delivery kepada penduduk di sekitar Jengka. Ternyata Homemade kimchi beliau mendapat sambutan dan mendapat tempahan di Sekitar Kuala Lumpur.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya bergantung kepada jualan di pasar-pasar malam dan mingguan di kawasan-kawasan sekitar

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau megikuti kelas usahawan tentang penggunaan Facebook sebagai medium iklan, ramai yang telah tahu mengenai barang jualan beliau. Hasil jualan beliau turut meningkat.