mcmc
Makanan

Makanan

BANDAR IKAN PATIN

 

  

 

Walaupun Temerloh terletak lebih kurang 50km dari Felda Jengka 9, makanan yang paling popular di sini adalah ikan patin tempoyak. Ikan patin diternak secara komersial di sini. Banyak sangkar-sangkar ikan patin di pesisir Sungai Pahang. Ia boleh dilihat jika anda berada di atas jambatan Temerloh. Harga bagi sekilo ikan patin sangkar di antara RM12 – RM14. Peniaga ikan patin sangkar mudah didapati di sekitar Temerloh. Ikan patin liar mempunyai nilai yang mahal kerana ia amat sukar diperolehi. Harga sekilo bagi ikan patin liar adalah sekitar RM60-RM80. Ikan patin liar menjadi pilihan ramai kerana mempunyai keenakkan yang luar biasa. 

Terdapat 3 tempat makanan patin masak tempoyak yang terbaik di Temerloh, Pahang iaitu :

1) RESTORAN GO’BANG MAJU
Terletak di tepi sungai Pahang, jalan menuju ke Bera dan Triang, restoran ini sangat terkenal dan telah melebarkan sayap membuka cawangan di Kuala Lumpur dan Kuantan, Pahang.
 
2) KEDAI MAKAN PAK USOP
Kedai ini sudah tersohor dari zaman dahulu, terletak di deretan kedai makan berhadapan tapak Pekan Sari di Lurah Semantan, pinggir sungai Pahang.
 
3) RESTORAN PATIN KOI
Restoran ini terletak di kawasan deretan kedai Dynaton Bukit Angin(jika datang dari arah Mentakab atau melalui Jalan Mentakab-Temerloh setelah keluar susur lebuhraya LPT di Tol Temerloh, ianya terletak di sebelah kiri sebelum tiba bulatan persimpangan ke Lanchang dan Jambatan Temerloh ke Jalan Maran) 
 

Sumber dari http://ikanpatintemerloh.blogspot.my/