mcmc
Galeri Foto

Pertandingan Mencipta Video Pendek ” Tidak Pasti Jangan Kongsi”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah Jabatan Advokasi dan Jangkauan (AOD) akan menganjurkan satu pertandingan video pendek mengenai isu penyebaran maklumat yang megelirukan / palsu bagi komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Pertandingan video pendek ini bertemakan “Tidak Pasti, Jangan Kongsi” akan bermula pada 1 Jun 2017 sehingga 3 Julai 2017 dan menggunakan Facebook sebagai platform.

 

Seperti sedia maklum, penyebaran berita palsu merupakan satu isu lazim di Malaysia dan telah menjadi global pada masa ini. Penyebaran maklumat yang mengelirukan atau palsu akan memberi impak besar terhadap pelbagai isu terutamanya isu keselamatan negara. Oleh yang demikian, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menasihatkan orang awam untuk mendapatkan kesahihan setiap maklumat sebelum ditularkan di laman web www.sebenarnya.my. Objektif pertandingan ini ialah:

 

1. Mewujudkan platform bagi menyalurkan maklumat kepada masyarakat mengenai :

  • Bagaimana menentusahkan sesuatu maklumat dan sumbernya.
  • Menggalakkan pengguna Internet untuk tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih.
  • Kesan penyebaran maklumat palsu terhadap diri dan komuniti.

 

Syarat Pertandingan:

  • Hasil video tidak dibenarkan sama sekali menyentuh sensitiviti agama, kaum, budaya, isu politik dan menghina mana-mana individu.
  • Video mestilah karya asal dan tidak menceroboh mana-mana hak cipta.
  • Setiap video wajib disaring oleh Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M sebelum dimuat naik.
  • Pemenang akan dihubungi melalui PI1M kawasan masing-masing.
  • Keputusan pemenang pertandingan adalah hak muktamad pihak penganjur. Sebarang bantahan dan rayuan tidak akan dilayan.
  • Mana-mana penyertaan yang tidak menepati syarat pertandingan dan menggunakan taktik kotor akan terbatal secara serta-merta.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan pertandingan ini, pihak Tuan/Puan bolehlah hubungi Petugas Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Felda Jengka 9.

Puan Yani – 013-7174 959 / Puan Ikah – 017-9515 682