PROGRAM HARI BERSAMA PI FELDA JENGKA 9
Tarikh : 20 SEPTEMBER 2015 (AHAD)
Tempat : Perkarangan PI FELDA JENGKA 9
Hari Bersama PI Felda Jengka 9 diadakan untuk memberi pendekatan tentang perkhidmatan dan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan di PI Felda Jengka 9. Seramai 240 pengunjung yang mengunjungi PI Felda Jengka 9 dan pelbagai aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut. Aktiviti tersebut terdiri dari golongan beliawan/beliawanis, warga emas dan juga kanak-kanak. Antara aktiviti-aktivitinya ialah :
- Menganyam ketupat
- Rebut kerusi
- Pertandingan menaip dengan pantas dengan menggunakan microsoft word
- Mewarna
- Menyelesaikan masalah matematik dengan menggunakan microsoft excel
- Teka jumlah kacang didalam balang
- Masukkan air dalam botol
- Aktiviti KDB
Program tersebut dirasmikan oleh Dato Sukarmi selaku AJK UMNO Pulau Tawar Jerantut, Pahang dan dihadiri oleh wakil-wakil MSD Intelligent Sdn Bhd, Telekom Malaysia, Ketua Kampung dan Pengurus Felda Jengka 9. Program tersebut telah dijalankan dengan jayanya.












