mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet Felda Jengka 9

Bangunan Pusat Internet (PI) Felda Jengka 9 pada asalnya adalah sebuah bangunan JKKK Felda Jengka 9 yang telah diubahsuai untuk dijadikan bangunan Pusat Internet (PI) Felda Jengka 9 dan merupakan Projek Fasa Baru iaitu Fasa Clawback 2013 di dalam Daerah Jerantut. 

Pusat Internet (PI) Felda Jengka 9 mula beroperasi secara rasmi pada 01 APRIL 2015 serta dirasmikan oleh ADUN Jerantut pada Program Hari Bersama Pusat Internet (PI) Felda Jengka 9. Kini Pusat Internet (PI) Felda Jengka 9 telah beroperasi selama 1 tahun 7 bulan, dan mendapat kunjungan yang baik oleh komuniti setempat termasuk komuniti dari Felda Jengka 12 dan Jengka 13 sepanjang Pusat Internet (PI) Felda Jengka 9 dibuka.